Welcome!

Wednesday 9 September 2015

Dapatkan Di Maz's Pusat Kecantikan Bukit Mertajam

Pelbagai produk kesihatan & kecantikan, walk-in / COD / postage 1 Malaysia!!!






Order / Pertanyaan : 016 514 8559
Order / Pertanyaan : 016 514 8559
Order / Pertanyaan : 016 514 8559

Tuesday 1 September 2015

Izeara International : Jualan 10 Juta


Kuala Lumpur: Izeara International, pengeluar produk kecantikan dan kesihatan atas talian menyasarkan jualan sebanyak 300,000 unit bagi kesemua produknya membabitkan nilai antara RM5 juta hingga RM10 juta untuk tempoh sebulan.

Pengarahnya, Mohd Abd Rahman Mohd Idris berkata, syarikat yakin mampu mencapai jualan itu memandangkan produk keluaran syarikat mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding produk lain.

“Produk 6 inch Body Serum telah diinovasikan agar ia tidak panas dan melekit seperti produk lain untuk memudahkan penggunaannya ketika memakai pada bila-bila masa.

“Malah, Slim Diet Body Talk juga diformulasikan oleh pakar nutrisi di Switzerland serta ternyata mampu membuatkan pelanggan rasa kenyang dan pastinya baik untuk kesihatan mereka,” katanya kepada Bisnes Metro di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, Slim Diet Body Talk yang baru berada di pasaran sejak 27 Mei lalu telah berjaya dijual sebanyak 20,000 unit kerana dilengkapi ramuan 100 peratus bebas kimia selain makanan sunnah seperti kurma, kismis dan madu.



MOHD Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif, Nazirah Abd Nasir bersama produk Izeara International.
 

Ketiga-tiga produk iaitu serum badan, pelangsingan badan dan sabun ekstrak beras masing-masing berperanan menurun dan mengurangkan berat badan, memutihkan kulit serta menghilangkan tanda regangan.

Beliau berkata, syarikatnya sedang merangka usaha untuk meluaskan pasaran produk kecantikan dan kesihatannya ke Indonesia, manakala akan mengukuhkan kedudukan di pasaran Brunei serta Singapura dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Izeara International mempunyai lebih 300 egen di seluruh Malaysia dan turut menyediakan bimbingan berkaitan pemasaran atas talian. Selain itu, kami juga menyasarkan untuk melahirkan 100 jutawan dalam masa setahun dari sekarang hasil daripada menjadi egen produk,” katanya.

Menurutnya, seiring dengan perkenalan produk dan menarik minat orang lain dalam menyertainya, pameran bergerak Jelajah 1Malaysia akan diadakan bermula Ogos 2015 hingga Februari 2016 membabitkan beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan di Malaysia, Brunei dan Singapura, pihaknya berjaya mengumpulkan hampir RM8 juta, hasil jualan sepanjang tempoh 5 bulan pertama.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Julai 2015 @ 5:35 AM Harian Metro

Dapatkan Produk Pilihan Anda Segera!